Khamis, 7 Mac 2013

HARI JUMAAT


Assalamualaikum w.b.t……pe kabar  semua??Hari ini merupakan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat..Terdapat banyak kelebihan hari Jumaat…Entri kali nie apa kita tengok hadis-hadis mengenai kelebihan hari Jumaat….semua hadis ini diambil dari http://www.sumberislam.info/2012/09/hadis-nabi-tentang-kelebihan-hari-jumaat.html ...sekiranya terdapat kesalahan dimohon perbetulkan…. Diantaranya ialah :

1)         Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

2)       Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

3)       Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

4)       Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

5)       Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

SUMBER DARIPADA : http://www.sumberislam.info/2012/09/hadis-nabi-tentang-kelebihan-hari-jumaat.html...

Di atas ini merupakan hadis-hadis kelebihan hari Jumaat.....diharap perkongsian ini akan menambahkan ilmu kepada anda semua.....sekiranya terdapat sebarang kesilapan tolong perbetulkan ye.....sekian...terima kasih...=)

1 ulasan:

  1. terima kasih fahmi atas perkongsian, teruskan usaha ini....

    BalasPadam